

Salam buat semua pengunjung...siapa sangka dalam kesibukan minggu peperiksaan SK Pekan 2 telah betuah dilawati oleh angkasawan negara. Beliau yang di maksudkan ialah Kapten Dr. Faiz Khalid...semuanya bermula saudara Dr. Mus ( PUSKAL SABAH) menyatakan bahawa dia akan membawa angkasawan negara untuk bersamanya dalam sesi tour di Ranau... walaubagaimanapun hanya lima buah sekolah yang bertuah telah dipilih untuk dijadikan lokasi lawatan.
Sebenarnya kehadiran Dr. faiz di sekolah hari amat menceriakan semua warganya. Walaupun di awalnya mereka mengatakan bahawa kedua-dua angkasawan negara akan hadir dalam lawatan ini, namun hanya Dr. faiz yang dapat meluangkan masa untuk warga SKP2R... Daripada makluman yang saya terima ramai guru di SKP2R memuji sifat yang dimiliki Dr. Faiz dengan sikat lemah lembut dan tidak sombong serta mudah didampingi...begitulah lebih kurang persepsi guru-guru serta murid-murid terhadap Dr. faiz...
di kesempatan itu, Dr Faiz telah memberikan sedikit ceramah dan telah berkongsi pengalaman kepada hampir 300 orang yang hadir mengenai pengalaman beliau semasa mengikuti latihan angkasawan. menurut pihak penganjur, sekiranya tidak ada aral melintang inyaallah Dr. fais akan ke angkasa lepas tahun depan...
Sebagai makluman tambahan, bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan angkasawan negara...mereka akan berada di Dewan Kg. Lingkudau pada 30 Mei 2009 ini..pelbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjur...oleh yang demikian bagi warga SKP2R yang masih ingin berkomunikasi dengan lebih dekat dengan beliau juga boleh turut hadir pada hari tersebut...
berikut photo2 semasa lawatan angkasawan negara di SKP2R..































